MSMv3 -  Earn Money With Your Social Networking Profiles :: 240x30

Friday, December 11, 2009

Keperluan Pegawai ATM dari Skim PALAPES


Quoted from Dato` Shahrir Abdul Samad's website:


"Asalamualaikum Dato, Negara memerlukan golongan profesional memenuhi pelbagai ruang dan cabang perkhidmatan awam. Disamping itu kita juga mahukan pegawai dan anggota ATM dari kalangan profesional. Mereka ini samada terus berkhidmat atau berpindah ke agensi awam ataupun swasta dalam negara merupakan asset besar dalam system pertahanan negara. Sebagai contoh semua juruterbang dalam Tentera Laut Amerika Syarikat memiliki ijazah kejuruteraan sebelum memulakan karier sebagai juruterbang. Tentera Udara Amerika Syarikat juga memiliki juruterbang yang mempunyai pendidikan jauh lebih baik dari mana-mana agensi kerajaan yang lain. Mereka tidak perlu berkhidmat sehingga 10 tahun. Kerana kerajaan Amerika sedar, mereka ini akan menjadi asset sewaktu perang dan dengan membenarkan mereka berhenti dari perkhidmatan tetap, membolehkan lebih ramai juruterbang dilatih. Disamping mengelakkan perasaan jemu atau tidak puas hati jika mereka terpaksa meneruskan tugas sehingga 10 tahun. Disamping itu Amerika Syarikat boleh memanggil mereka ini kembali apabila keadaan terdesak dan mereka sentiasa mengekalkan sikap patriotisme kerana mereka telah dilatih dalam bidang ketenteraan secara sukarela terdahulu. Kalau anda lihat laman web semua program PALAPES di universiti-universiti Amerika Syarikat (ROTC) ianya dikendalikan oleh pegawai yang mempunyai ijazah dan terutama dalam bidang kejuruteraan jika sebelum ini mereka merupakan juruterbang. Mereka kemudian mengajar dan mengurus program ROTC ini dengan baik kerana mereka juga mempunyai ijazah kalau bukan ijazah lanjutan. Mereka ini telah menuntut di universiti dan faham apa yang dilalui sebagai pelajar dengan skim ROTC ini. Jadi semua pelajar yang menyertai program ROTC ini akan menyertai angkatan tentera Amerika Syarikat terus tanpa perlu lagi dilatih seperti di Malaysia antara 6 hingga 12 bulan. Kenapa? Kerana program ROTC mereka ini memang bertujuan untuk menyediakan bakal pegawai. Kita di sini yang sebaliknya yang berlaku. Graduan dengan tauliah Yang DiPertuan Agong tidak diserap terus. Yang pelik lagi, Kementerian Pertahanan akan mengeluarkan iklan hanya 1-2 bulan selepas pentauliahan oleh Yang DiPertuan Agong di ITPA. Seolah-olah mempersendakan majlis pengtauliahan ini sendiri. Semua ucapan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT) memuji mereka ini. Tetapi, apabila tawaran skim pagawai ATM keluar, segala kenyataan oleh Yang DiPertuan Agong dan PAT sendiri seolah-olah diperlekehkan oleh skim kemasukan yang pihak ATM sendiri sediakan. PALAPES tiada nilai lagi. Apa guna ATM terutamanya melatih 3 tahun para pelajar IPTA ini sehingga mendapat pengtauliahan Yang DiPertuan Agong tetapi mereka perlu sekali lagi memohon untuk mengikuti kursus menjadi pegawai ATM yang akan ditauliahkan sekali lagi? Tidakkah ini pelik? Lebih menarik bukan semua pegawai PALAPES ini diambil. Hanya minoriti yang terpilih. Dan ramai pulak yang memang kurang dari segi stamina dan pendidikan yang diterima masuk jika dibandingkan pemohon dari kalangan graduan PALAPES sendiri. Jika negara mengadakan skim PALAPES ini dengan tujuan asal, kita tidak lagi perlu risau dengan skim latihan semasa perkhidmatan untuk meningkatkan tahap pendidikan pegawai ATM. Kita juga tidak perlu mengadakan sekolah latihan kadet disemua 3 cabang ATM. Saya harap Dato dapat membawa isu ini supaya satu rombakan dapat dilakukan agar matlamat PALAPES sebagai skim persediaan untuk pegawai graduan ATM dilaksanakan demi pembangunan knowledged armed forces sendiri. Jika pelajar tidak sanggup menyertai PALAPES semasa di IPTA maka sudah semesti dia tidak memberi keutamaan kepada pertahanan negara dan tidak perlu diberi keutamaan menyertai skim pegawai ATM. Kerana mereka ini hanya mahu menyertai skim pegawai ATM atas lain-lain sebab dan bukan seperti tujuan dan matlamat mereka yang menyertai PALAPES. Pegawai PALAPES perlu membahagikan masa dengan baik demi menjalankan 2 tugas sebagai pelajar dan sebagai pegawai kadet dalam latihan ATM. KECUALI jika institusi mereka tidak ada program PALAPES, ATAU ATM memerlukan lebih ramai pegawai dalam bidang-bidang tertentu. Tetapi kita masih perlu memberi keutamaan kepada graduan PALAPES bila terdapat graduan dari skim yang sama. Para pegawai yang telah ditauliahkan ini juga perlu menyertai program yang lebih singkat dan menyertai ATM dengan pangkat yang diberi oleh Yang DiPertuan Agong yang terdahulu atau lebih tinggi mengikut bidang dan kelayakan. Meminggirkan para graduan PALAPES memberi isyarat yang salah kepada ramai anak muda dan pelajar pintar dan cemerlang di IPTA tentang sikap dan kepimpinan dalam Kementerian Pertahanan. Ini sudah tentu mempengaruhi persepsi dan psikologi pertahanan negara dalam jangka masa panjang. Lebih baik program ini dibatalkan jika ia hanya satu program untuk menghabiskan wang rakyat tanpa satu tujuan dan matlamat yag kukuh dan berfaedah. Kita tidak mahu program bertindan dan program yang dijalankan tidak terbuka atau yang dijalankan untuk menyelamatkan mereka yang mempunyai kepentingan dalam organisasi seperti ATM ini. Sudah tentu Dato mahu melihat barisan pertahanan negara dikuasai oleh mereka yang benar-benar sanggup mempertahankan negara melivatkan mereka yang membina kekuatan ini dari semua insitiusi pendidikan tinggi negara."

I am a product of PALAPES myself. I have been commissioned as Second Lieutenant this year. It would be better for those university graduates who joined PALAPES during their study be given chance or recommendation to join in the armed forces graduate officer intake
straight away after they are commisioned preferably in the corp or service that best suit their qualification. Ex-PALAPES officers consist of graduates of various qualification which can be very useful to be utillised in the armed forces, especially those with Bachelor of Engineering and Bachelor of Science as we need those who are highly proffesional to manage and maintain the high end millitary assests. Or at least, give the priority of applying the post of researcher in STRIDE(Science and Technology Research In Defence) for those graduate who joined PALAPES during their study so that they can utilise their skills knowledges for the development of millitary technology. Why would ATM waste their talents while they can be utilised to further propel Malaysian Armed Forces to be a proffesional and highly advanced fighting forces??

12 comments:

  1. "It would be better for those university graduates who joined PALAPES during their study be given chance or recommendation to join in the armed forces graduate officer intake straight away after they are commisioned"

    --------------------------------------------

    You know why they do not get the priviledge? As a trainer since 1998 until now at 5 trg estb in the Army and incl overseas, my two cents is that the product of PALAPES (honestly almost all) do not have what it takes, not even the minimum standard req to become a an officer. You know why is that so? Bcoz the decision for your commission and the outcome of your trg is all `POLITICALLY CORRECT' decision.

    However my opinion do not apply to all PALAPES product and I believe you may be 1 of the 1% good product of PALAPES that do not come into this `POLITICALLY CORRECT' product.

    ReplyDelete
  2. 1% sahaja? lebih daripada 1000 berhempas pulas mengimbagi akademik dan ilmu ketenteraan selama 3 tahun tapi hanya itu sahaja peratus yang diberikan? kalau boleh tolong berfikir secara positif sebelum membuat perkiraan,jangan membuat kesimpulan yang menampakkan seolah-olah program PALAPES ini hanya membazirkan kewangan kerajaan. saya percaya graduan PALAPES boleh pergi lebih jauh dan menjadi lebih baik sekiranya diberi latihan dengan lebih baik. lebih baik program PALAPES itu tidak diwujudkan jika pada akhirnya penilain yang diberikan hanya 1%.

    ReplyDelete
  3. jika difikirkan balik, mmg itu satu kenyataan...lepas sahaja ditauliahkan, kebanyakan para LtM(B)ni terus lenyap. kalau ada yang lapor unit pun, aktif pada kertas jer, latihan tempatan x pergi.

    Untuk nak masuk regular pun, berapa kerat jer yang dapat, itu tak payah cakap lah, kerana pejawatan dalam angkatan tetap sememangnya agak terhad kalaupun semua pegawai2 yang ditauliahkan itu 100% berkelayakan.

    Well, apa yang saya concern kan, adalah, pegawai2 lepasa PALAPES, walaupun tidak aktif lagi dalam pasukan simpanan, kenapa tidak dipergunakan kepakaran dan bidang pengkhususan mereka dalam bidang penyelidikan dan pembangunan untuk pertahanan ataupun dalam industri pertahanan?? sememangnya dengan gabungan kepakaran mereka dalam bidang tertentu dan pengalaman latihan ketenteraan dalam PALAPES, mereka pasti berkebolehan untuk membangunkan teknologi pertahanan...itu yang sebenarnya membuatkan seorang siswazah yng juga merupakan pegawai palapes istimewa kerana dapat mengguna pakai kepakaran dalam pembangunan untuk pertahanan....

    ReplyDelete
  4. saya juga merupakan produk palapes. telah saya baca pendapat2 tuan2. ada yang saya setuju dan ada yang saya tak setuju.
    latihan ketenteraan yang disediakan oleh pihak palapes sebenarnya tidak mencukupi untuk melayakkan seorang pegawai dari palapes untuk menjadi pegawai dalam pasukan tetap. ini memang benar. silibus latihan ketenteraan palapes sendiri masih menggunakan silibus lama. jurulatih2 sendiri kadang keliru dengan pelajarn yang diajarkan kepada pelatih. jadi dengan ilmu yang diajar semasa latihan palapes tidak cukup untuk seseorang itu jadi pegawai dalam pasukan tetap. keperluan untuk menjalani latihan pegawai semula adalah relevan untuk melayakkan seorang pegawai palapes itu untuk menjadi pegawai dalam pasukan tetap.
    namun senario pengambilan pegawai tetap yang meminggirkan para graduan palapes amat mengecewakan saya. para graduan palapes yang ingin memasuki pasukan tetap mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk menjadi pegawai kerana mereka telah diberi inspirasi oleh pegawai2 latih mereka semasa latihan palapes. mereka telah tahu serba sedikit tentang selok-belok menjadi seorang pegawai tentera dan ingin tahu dan belajar lebih lagi utnuk menjadi seorang pegawai yang berkaliber. jadi pengambilan pegawai tetap dari kalangan graduan palapes amatlah tepat dalam dalam memilih pegawai yang berkebolehan tinggi.
    selama 3 tahun para graduan palapes ini megimbangi masa belajar dengan masa latihan mereka. dari segi pengurusan masa merekalah yang menepati masa. bukannya menyertai palapes gagal dalam pelajaran. malah ada yang mendapat ijazah kelas pertama dan mendapat anugerah Pegawai Kadet Cemerlang serta merupakan seorang anggota Majlis Perwakilan Pelajar. ini menunjukan yang palapes telah melatih seorang yang berkebolehan tinggi walaupun ilmu ketenteraan mereka tidak setaraf dengan ilmu ketenteraan anggota tetap. namun jika dilatih untuk menjadi pegawai dalam pasukan tetap, dengan kebolehan yang ada, tentu akan melahirkan pegawai yang bekebolahan dan yang dihormati.
    saya menyarankan agar pemilihan pegawai dari kalangan graduan palapes dipertingkatkan.

    ReplyDelete
  5. salam...sy bekas palapes yg bru sahaja ditauliahkan..masalah ini bukanya kita..tpi masalah dari kem2 wataniah yg bertanggung jwb kerana sepatutnya di kem2 senrai nama utk LTM yg bru dan surat kuasa sudah pun sampi ke kem2 yg berdekatan..tpi masih samapi skrg kami masih lagi terkapai2 bila ditanyakan ttg surat kuasa tu...x tau arah tuju dan pd siapa patut bertanya...

    ReplyDelete
  6. sye pon ex palapes thun lpas..spttye lpasan plapes diberi peluang untukl mnjadi pegawai dan ini mnjadi keistimewaan untuk mereka yg mnyertai palapes...sebalikye kami terkapai2 bagaimana nk memeeohon memasuki pegawai seolah2 tiada keistimewaan....

    ReplyDelete
  7. palapes dr ipta kena ingat..tk semestinya bila dh abis blajar, klau nk mintak jd pegawai dlm tentera terus bole dpt, no...setakat nk cukupkn 6 kredit dlm ko kurikulum dlm universiti bole la..bila dh kuar dr universiti, environment sudah lain..ramai lg dkt luar pun apply jd pegawai jugk, mula dr wataniah lg..ingat semua kem2 nk update korang punya record korang punya aktiviti palapes di universiti dulu..korang kena mula balik tau tk..dorang sajer nk tgk kamu minat ker tdak..join tentera bukan sebab pangkat tp sebab semangat patriotik..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.saya juga merupakan seorang yang terlibat degan PALAPES tapi saya masih belum ditauliyahkan sebagai Ltm.Kepada sesiapa yang tidak meyertai atau terlibat dengan PALAPES mungkin boleh bergembira degan hal seumpama ini.Tetapi bagi kami yang meyertainya sangat sedih dengan tindakan yang dibuat oleh pihak berkuasa yang seolah-olah meremehkan PALAPES.Ya,mungkin latihan PALAPES tidak seberat atau setaraf degan pegawai tetap namun degan masa yang singkat dan dalam masa yang sama seorang pelajar perkara tersebut bukan mudah untuk dilaksanakan.Kenapa tidak memberi kelebihan untuk memilih pegawai graduan daripada PALAPES.Adakah pihak yang membuat pemilihan pegawai graduan itu hanya memandang sebelah mata terhadap pegawai PALAPES???jika begitu kenapa kerajaan beria-ria mewujudkan markas dan menarik ramai pelajar untuk meyertainya.Bukankah perkara seumpama itu hanya menjadi pembaziran kepada kerajaan.Jika kita lihat KOR sukarelawan siswa/siswi (suksis) latihan mereka adalah lebih rendah kualitinya berbanding PALAPES.Sangat rendah dan berbeza.Latihan yang mereka lakukan tidak ubah seperti apa yang dilakukan oleh kadet-kadet di sekolah menegah.Namun megapa PDRM megalu-alukan mereka untuk meyertai pasukan PDRM?Malahan mereka mempuyai kelebihan jika berkeinginan untuk menyertai pasukan itu.Megapa perkara seumpama ini tidak berlaku dalam tentera sedangkan latihan yang diberi lebih teruk.Adakah perkara ini berbaloi untuk sesiapa yang meyertai PALAPES??Kebayakan pelatih PALAPES lebih bersemagat berbanding graduan yang lain sebab itulah mereka ingin lebih awal mendalami ilmu ketenteraan degan menyertai PALAPES.Kami bukan meminta untuk 100% daripada kami degan mudah dapat meyertai pegawai tentera tetap namum kami hanya mahu sedikit keistimewan dalam memilih pegawai graduan.Sekiranya perkara seumpama ini terus berlaku kemungkinan besar tiada lagi mahasiswa dan mahasiswi yang ingin meyertainya jika tiada apa keistimewaan yang mereka perolehi degan memasuki PALAPES.Lebih baik mereka abiskan masa lapang mereka degan perkara lain.Setelah mendapat ijazah peluang mereka untk menjadi pegawai graduan sama sahaja degan Pegawai dari PALAPES.Saya harap perkara ini dapat dipertimbangkan oleh pihak yang berkuasa.

    ReplyDelete
  9. realitinya, palapes dan wataniah adalah pasukan simpanan utk barisan kedua, iaitu sebagai backup utk pasukan tetap, jd bg palapes hanya pegawai utk tentera simpanan shj, itu pun kalau kontrak masih nak renew...klau tak renew, senyap jer..alamat duduk bwh la jd prebet, mula dr bwh...haa, sekarang cuba imbang jadi pegawai simpanan, kena pergi latihan tahunan dlm masa sama bekerja, haaa...nampak tak beza bila dh bekerja dgn belajar di kampus....jgn bila jd palapes semua dpt serap tentera tetap..itu bukan perancangan kjaan..sebab kjaan nk cut cost...sama juga dgn wataniah, kena juga pegi latihan dlm masa sama kena berkerja, yg kahwin..kahwin la, ada anak....itu semua adalah pengorbanan...jgn dlm kampus jer aktif, sampai luar tak aktif, tapi nak masuk tentera tetap...jadi pegawai...set mind

    ReplyDelete
  10. PALAPES DAN ATMA LATIHAN LEBIH KURANG JER MALAH PALAPES LAGI TENSION SEBAB KENA IMBANG MASA..ELAUN PUN CIPUT BANDING DGN ATMA...KALAU ATMA DENGAN PALAPES LAWAN MERENTAS HALANGAN PUN PALAPES BOLEH MENANG SEBAB 1000 PEGAWAI KADET PALING KURANG BOLEH PRODUCE 10 ORANG CALON HEBAT...TP XPER..ATMA PUN LEPAS TAULIAH STILL KENA PERGI KURSUS LAIN DLM PERKHIDMATAN...KALAU KOLEJ TENTERA SEPERTI KTD ..DIORANG LATIHAN TENTERA LEBIH TP BELEJAR DIPLOMA OUM JER...JADI THE ONLY SOURCES OF INTELLIGENT OFFICER ADALAH DARI ATMA DAN PALAPES. ...YANG PENTING DUNIA BERUBAH...KITA XNAK ASKAR BODOH...TP NAK YABNG CERDIK...TGK SINGAPORE ATAU THAILAND...RAMAI OFFICER DIE NAMPAK NERD TP BIJAK..SEKARANG PERANG BUKAN PAKAI KEKUATAN TANGAN TP OTAK....SO TAKES NOTE...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..saya ex palapes utm..classmate saya ada diantara mereka dari cadet atma tahun akhir ditempatkan d utm.Honestly dari segi fizikal dan fitness kadet palapes jauh lebih mantap.palapes sukarela tanpa jaminan pekerjaan dan elaun jam membuktikan semngat patriotik yang lebih tinggi dari kadet atma

      Delete
    2. Jadi, kalau skrg apa halatuju kalau dh berjaya tauliah lepasan palapes, ada ape2 kemudahan utk diserap masuk tentera?

      Delete